SELAMAT DATANG KE BLOG SALJU DI DANAU RINDU

harap korang happy

Selasa, 7 Ogos 2012

AGAMA ISLAM TINGTAN 3

                              BAHAGIAN IBADAT.

 SOLAT KETIKA SAKIT-

1.Maksud solat ketika sakit:-
  -menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada
   menunaikan secara biasa.

2.Kifayah pelaksanaan ketika sakit:-
 -secara duduk 
     *duduk dalam keadaan iftiraj(duduk antara dua sujud)
     *rukuk,hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau
       bersetentang dengan hadapan lutut.
     *sujud dilakukan seperti biasa.
-secara baring
     *berada dalam keadaan berbaring sambil mengiring diatas rusuk sebelah kanan.
     *muka dan dada hendaklah mengadap kiblat.
     *rukuk dan sujud hanya dilakukan menerusi insyarat kepala.
-secara menelentang
    *berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang.
    *kaki menghala kiblat.
    *kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat menghadap kiblat.
    *rukuk dan sujud hanya dilakukan melalui insyarat kepala.
-secara insyarat kelopak mata
   *berada dalam keadaan berbaring secara menelentang  
   *kaki menghala ke arah kiblat.
   *rukuk dilakukan dengan meggerakkan kelopak mata.
   *sujud diinsyaratkan dengan memejam mata.
-secara ingat didalam hati
   *solat dilakukan dengan membayangkan didalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.

3.Hukum ruksoh solat ketika sakit(hukum diharuskan ruksoh solat)
 -menunjukkan bahawa islam ialah agama yang mudah.
 -supaya umat islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.
 -membuktikan ALLAH sayang akan hambanya.

4.Sebab diwujudkan solat walaupun ketika sakit
 -solat merupakan ibadat terpenting dalam islam.
 -solat sebagai penawar kepada sakit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan