SELAMAT DATANG KE BLOG SALJU DI DANAU RINDU

harap korang happy

Sabtu, 4 Ogos 2012

KEGANASAN 14 HARI

Sebaik sahaja tentera JEPUN meninggalkan TANAH MELAY,pada masa itu suatu Kekosongan Politik telah berlaku. Dalam keadaan tersebut,PARTI KOMUNIS MALAYA telah mengambil kesempatan menguasai TANAH MELAYU melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai MALAYAN PEOPLE'S ANTI-JAPANESE ARMY (MPAJA) selama 14 hari. Tentera MPAJA dikenali sebagai tentera BINTANG TIGA.
    PKM melalui MPAJA telah menguasai bandar dan daerah penting. Mereka juga menguasai balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh pihak JEPUN. Disamping itu,MPAJA turut menjalankan undang-undang sendiri dengan menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang dianggap telah bekerjasama dengan JEPUN. Mereka juga mengenakan cukai kepala,cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.
    Selama 14 hari.,PKM telah melakukan keganasan yang tidak berperikemanusiaan. Mereka telah menculik dan  menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan JEPUN. PKM juga telah menghukum penduduk yang dikatakan menganiayai orang Cina semasa pemerintahan JEPUN. Mereka turut merampas harta benda orang kampung dan membunuh sesiapa yang dianggap bersalah. 
   Tindakan PKM telah menyebabkan berlaku ketengangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM adalah terdiri daripada orang Cina.Di Batu Pahat dan Muar,orang MELAYU di bawah pimpinan KIAI SALLEH KARIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan