Saban hari,kita mendengar masalah disiplin pelajar sehingga menyebabkan masyarakat menjadi resah dengan tindak-tanduk mereka.Banyak terdapat faktor yang mempengaruhi gejala ini dan perlu segera diatasi bagi mengelakkannya menjadi lebih serius.
Memberikan khidmat kaunseling merupakan cara terbaik untuk menangani masalah disiplin pelajar kerana dapat menanamkan rasa kesedaran dan keinsafan dari diri pelajar.Pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas dengan mengenakan hukuman yang setimpal terhadap pelajar yang bermasalah.
Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anank-anak.Mereka harus lebih prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka dan memberi tunjuk ajar.Selain itu,hujung penggal boleh diadakan aktiviti yang melibatkan orang luar.Program ini dapat mengelakkan pelajar bergaul dengan pelajar yang rendah akhlaknya.
Justeru,ibubapa,guru,dan masyarakat perlu berganding bahu menangani masalah disiplin pelajar.Hal ini demikian kerana masalah tersebut akan menjejaskan masa depan pelajar dan merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan