SELAMAT DATANG KE BLOG SALJU DI DANAU RINDU

harap korang happy

Jumaat, 5 Oktober 2012

Kitar Semula.

    Pada setiap hari,setiap penduduk membuang pelbagai jenis sampah yang menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat.Oleh sebab itu,kempen kitar semula sememangnya digalakkan kepada masyarakat dinegara kita.

    Kempen kitar semula dapat membantu pihak yang terlibat seperti Alam Flora SDN. BHD. untuk mengurus sampah sarap dengan lebih teratur.Orang ramai disarankan untuk mengasingkan bahan-bahan buangan mengikut kategori seperti kertas,kaca,botol dan logam.Hal ini membolehkan kerajaan mengitar semula sampah dan mengelak pembaziran.Slogan "Fikir Dahulu Sebelum Buang" amat dialukan dalam masyarakat kita.

    Selain itu,kempen kitar semula dapat mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan kawasan perumahan,sekolah,tempat kerja,hospital dan sebagainya.Perkara ini dapat mengelakkan kekotoran dan jangkitan penyakit dikawasan masing-masing.

    Oleh sebab tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat masih rendah,kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula ini.Orang ramai digalakkan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan masing-masing.
    Kesimpulannya,kempen kitar semula dapat membersihkan alam sekitar dan kebersihan adalah penting dalam kehidupan manusia.

                                                                                                                                (154 patah perkataan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan