SELAMAT DATANG KE BLOG SALJU DI DANAU RINDU

harap korang happy

Jumaat, 5 Oktober 2012

Majlis Perkahwinan Kaum Melayu (surat)

 

                                                                                                 No. 37 Jalan Selasih 32,
                                                                                                 Taman Pasir Putih,
                                                                                                 81700 Pasir Gudang,
                                                                                                 Johor.

                                                                                                 04 Julai 2011.

      Menemui sahabatku,Marieaa di China,semoga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta.

Saudari,
      Surat saudara telah selamat saya terima.Seperti yang saudari inginkan,saya akan menceritakan keistimewaan majlis perkahwinan kaum melayu di Malaysia.Saya akan mengambil contoh majlis perkahwinan sepupu perempuan saya baru-baru ini.
      Majlis perkahwinan tersebut diadakan dirumahnya di Kuala Terengganu.Segala persiapan dilakukan sejak awal lagi.Sehari sebelum majlis berlangsung,pinggan dan mangkuk dibersihkan.Kaum ibu datang menolong menyediakan bahan-bahan yang hendak dimasak.Mereka mengupas bawang,membersihkan ayam dan sebagainya.Manakala kaum lelaki bergotong-royong mendirikan khemah.

      Pada sebelah malamnya,diadakan pula majlis berinai.Pengantin perempuan akan dihias cantik.Kebiasaannya majlis berinai ini untuk keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja.Pada malam itu juga,ahli keluarga dan jiran terdekat bekerjasama menyiapkan bunga telur dan menghias pelamin dan bilik pengantin.

      Keeokkan harinya,majlis kenduri kahwin berlangsung dengan meriah.Tetamu  yang hadir biasanya membawa hadiah untuk pengantin.Para tetamu dijamu dengan pelbagai jenis makanan dan kuih-muih.Sementara itu,pihak tuan rumah akan memberikan bunga telur kepada setiap tetamu.

      Lebih kurang pukul satu petang,rombongan pengantin lelaki tiba.Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan bunga mangga.Selepas itu,pasangan pengantin disandingkan diatas pelamin.Seterusnya,upacara menepung tawar dilakukan sebagai tanda memberikan restu kepada pasangan pengantin ini.Kemudian,pengantin akan makan beradab.Majlis kenduri ini selesai pada pukul empat petang.

      Saya kira cukuplah setakat ini dahulu.Semoga cerita yang saya sampaikan ini dapat menambahkan pengetahuan saudari.Semoga kita dapat berjumpa lagi.Sekian.

                                                                                                         Sahabatmu,
                                                                             Nurnazrin Nazeerah Binti Mohd Zin.

7 ulasan:

  1. ini ialah contoh surat tidak rasmi....

    BalasPadam
  2. Saya suka karangan ni....ini blh membantu saya daripada tdk d rotan oleh cikgu saya

    BalasPadam
  3. Saya suka karangan ni....ini blh membantu saya daripada tdk d rotan oleh cikgu saya

    BalasPadam
  4. Bosok punya karangan. Dah la macam taik!

    BalasPadam
  5. insyaalah memberikan saya manfaat aminn

    BalasPadam
  6. insyaalah memberikan saya manfaat aminn

    BalasPadam