PENDAHULUAN.....
*Pada era-globalisasi hari ini,permainan tradisional semakin dipinggirkan dalam masyarakat.Selain itu,permainan ini jarang-jarang dimainkan oleh kanak-kanak zaman ini kerana mereka berminat kepada permainan berasaskan teknologi seperti "games".
ISI-ISI.....
1)mencadangkan guru memperkenalkan permainan tradisional dalam kegiatan kokurikulum - kelab bahasa melayu atau kelab seni dan budaya mempopularkan.
2)subjek pendidikan jasmani - menerapkan permainan tradisional kepada pelajar - secara tidak langsung murid-murid dipupuk ke arah mengenali permainan tradisional semula.
3)menganjurkan pertandingan-pertandingan wau,gasing,congkak,batu seremban dan sebagainya - menawarkan hadiah yang lumayan - mampu menarik minat pelajar untuk menyertainya.
4)sekolah mengadakan pameran peralatan dan cara permainan dan pembuatan permainan tradisional - dipersembakan dalam bentuk multimedia atau demontrasi.
NOTA-NOTA RINGKAS
cintailah ilmu kerana ilmu yang membentuk sama ada diri kita baik ataupun sebaliknya.
SELAMAT DATANG KE BLOG SALJU DI DANAU RINDU
harap korang happy
Ahad, 7 Oktober 2012
Jumaat, 5 Oktober 2012
Majlis Perkahwinan Kaum Melayu (surat)
No. 37 Jalan Selasih 32,
Taman Pasir Putih,
81700 Pasir Gudang,
Johor.
04 Julai 2011.
Menemui sahabatku,Marieaa di China,semoga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta.
Saudari,
Surat saudara telah selamat saya terima.Seperti yang saudari inginkan,saya akan menceritakan keistimewaan majlis perkahwinan kaum melayu di Malaysia.Saya akan mengambil contoh majlis perkahwinan sepupu perempuan saya baru-baru ini.
Majlis perkahwinan tersebut diadakan dirumahnya di Kuala Terengganu.Segala persiapan dilakukan sejak awal lagi.Sehari sebelum majlis berlangsung,pinggan dan mangkuk dibersihkan.Kaum ibu datang menolong menyediakan bahan-bahan yang hendak dimasak.Mereka mengupas bawang,membersihkan ayam dan sebagainya.Manakala kaum lelaki bergotong-royong mendirikan khemah.
Pada sebelah malamnya,diadakan pula majlis berinai.Pengantin perempuan akan dihias cantik.Kebiasaannya majlis berinai ini untuk keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja.Pada malam itu juga,ahli keluarga dan jiran terdekat bekerjasama menyiapkan bunga telur dan menghias pelamin dan bilik pengantin.
Keeokkan harinya,majlis kenduri kahwin berlangsung dengan meriah.Tetamu yang hadir biasanya membawa hadiah untuk pengantin.Para tetamu dijamu dengan pelbagai jenis makanan dan kuih-muih.Sementara itu,pihak tuan rumah akan memberikan bunga telur kepada setiap tetamu.
Lebih kurang pukul satu petang,rombongan pengantin lelaki tiba.Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan bunga mangga.Selepas itu,pasangan pengantin disandingkan diatas pelamin.Seterusnya,upacara menepung tawar dilakukan sebagai tanda memberikan restu kepada pasangan pengantin ini.Kemudian,pengantin akan makan beradab.Majlis kenduri ini selesai pada pukul empat petang.
Saya kira cukuplah setakat ini dahulu.Semoga cerita yang saya sampaikan ini dapat menambahkan pengetahuan saudari.Semoga kita dapat berjumpa lagi.Sekian.
Sahabatmu,
Nurnazrin Nazeerah Binti Mohd Zin.
Kitar Semula.
Pada setiap hari,setiap penduduk membuang pelbagai jenis sampah yang menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat.Oleh sebab itu,kempen kitar semula sememangnya digalakkan kepada masyarakat dinegara kita.
Kempen kitar semula dapat membantu pihak yang terlibat seperti Alam Flora SDN. BHD. untuk mengurus sampah sarap dengan lebih teratur.Orang ramai disarankan untuk mengasingkan bahan-bahan buangan mengikut kategori seperti kertas,kaca,botol dan logam.Hal ini membolehkan kerajaan mengitar semula sampah dan mengelak pembaziran.Slogan "Fikir Dahulu Sebelum Buang" amat dialukan dalam masyarakat kita.
Selain itu,kempen kitar semula dapat mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan kawasan perumahan,sekolah,tempat kerja,hospital dan sebagainya.Perkara ini dapat mengelakkan kekotoran dan jangkitan penyakit dikawasan masing-masing.
Oleh sebab tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat masih rendah,kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula ini.Orang ramai digalakkan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan masing-masing.
Kesimpulannya,kempen kitar semula dapat membersihkan alam sekitar dan kebersihan adalah penting dalam kehidupan manusia.
(154 patah perkataan)

Usaha Meningkatkan Mutu Sukan.
Malaysia kurang menyerlah dalam bidang sukan.Pencapaian atlet yang tidak konsisten amatlah membimbangkan dan perlu diatasi.
Sebagai langkah pertama,pihak pengurusan perlu mencari bakat-bakat baru.Langkah ini penting supaya golongan pelapis dapat diwujudkan.
Selain itu,para pemain perlu menyertai latihan dan pertandingan diperingkat antarabangsa.Mereka akan lebih matang sekiranya mendapat pendedahan yang cukup.
Bagi atlet pula,mereka haruslah bermain bersungguh-sungguh.Mereka perlu ingat bahwa mereka merupakan duta kecil yang bertanggungjawab untuk mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.
Disamping itu,insentif perlu memberikan insentif kepada pemain apabila mereka mencapai kejaan.Hal ini untuk meningkatkan semangat dan motivasi diri mereka.
Kesimpulannya,atlet negara perlu berusaha untuk memperoleh kemenangan bukan sahaja untuk kebanggaan diri sendiri tetapi untuk kebanggaan negara.

Masalah Disiplin Pelajar.
Saban hari,kita mendengar masalah disiplin pelajar sehingga menyebabkan masyarakat menjadi resah dengan tindak-tanduk mereka.Banyak terdapat faktor yang mempengaruhi gejala ini dan perlu segera diatasi bagi mengelakkannya menjadi lebih serius.
Memberikan khidmat kaunseling merupakan cara terbaik untuk menangani masalah disiplin pelajar kerana dapat menanamkan rasa kesedaran dan keinsafan dari diri pelajar.Pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas dengan mengenakan hukuman yang setimpal terhadap pelajar yang bermasalah.
Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anank-anak.Mereka harus lebih prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka dan memberi tunjuk ajar.Selain itu,hujung penggal boleh diadakan aktiviti yang melibatkan orang luar.Program ini dapat mengelakkan pelajar bergaul dengan pelajar yang rendah akhlaknya.
Justeru,ibubapa,guru,dan masyarakat perlu berganding bahu menangani masalah disiplin pelajar.Hal ini demikian kerana masalah tersebut akan menjejaskan masa depan pelajar dan merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.

Rabu, 8 Ogos 2012
KARANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM DIMALAYSIA.
PENDAHULUAN..
Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semuasedari.Pihak media massa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda alam ini.Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam kehidupan manusia.Lantaran itu,pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini.Selasa, 7 Ogos 2012
SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA & ZAKAT HARTA.
1.Maksud solat aidilfitri:--solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh umat islam pada pagi 1 syawal.
2.Maksud solat aidiladha:-
-solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada pagi 10 zulhijjah.
3.Hukum kedua-dua solat ini:-
-sunat muakad.
1.Syarat-syarat wajib zakat harta benda:-
-islam}harta yang dimiliki oleh orang islam.
-sempurna milik}berkuasa penuh keatas harta itu.
Langgan:
Catatan (Atom)